Resepi Orang Kampung Mempopularkan Masakan Melayu Masakan Melayu sering kali mengingatkan kita pada ikan pekasam, lemak pucuk ubi, sambal belacan, sambal tumis dan ikan kering. Meskipun begitu, berapa ramaikah antara kita yang tahu dan boleh sediakan hidangan-hidangan ini seperti nenek atau ibu kita sediakan di rumah? Resepi Orang Kampung mungkin kelihatan seperti sebuah blog yang biasa tetapi resepi-resepi yang dikongsi bersama bukanlah resepi yang biasa-biasa. Walaupun blog ini hanyalah berusia setahun jagung tetapi banyak resepi-resepi masakan Melayu yang mudah dan ringkas untuk dimasak oleh golongan muda yang bekerjaya di bandar-bandar sibuk. Jadi, apakah yang membuat penulis blog ini lain daripada yang lain? Kenapa Resepi Masakan Melayu Kian Dilupakan? Sebagai rakyat Malaysia, khususnya anak-anak Melayu, kita dibesarkan dengan makanan yang biasa-biasa sahaja. Apabila kita semakin meningkat dewasa, kita lupa tentang masakan-masakan yang kita suka dan lebih mengg...
Antara 8 Kuih Nyonya Kegemaran Anda 1. Onde-Onde Onde-Onde Juga dikenali sebagai buah melaka, kuih ini memang sukar untuk didapati di gerai pada masa kini. Selalunya hanya boleh dijumpai di bazaar pada bulan ramadan dan raya. Hasilkan kuih onde-onde berinti gula melaka dan disaluti kelapa parut yang lazat menggunakan resipi ini. 2. Seri Muka Seri Muka Semua saja sukakan kuih talam tradisi ini, bukan? Selalunya boleh saja dijumpai di gerai nasi lemak tepi jalan, tapi kebanyakkan tidak berapa sedap untuk dinikmati. 3. Sagu Delima Sagu Delima Memang senang untuk mendapati kuih popular ini di rata-rata tempat, tetapi lagi senang untuk dibuat sendiri di rumah. Anda hanya perlukan 6 bahan untuk membuat kuih enak ini, iaitu sagu, daun pandan, air, gula, pewarna, garam dan kelapa muda parut. 4. Kuih Lompang Pandan Lompang Pandan Satu lagi jenis kuih yang sukar u...