Skip to main content

8 Menu Tradisional 'Rare' Yang Dihidangkan Di Pagi Hari Raya.

#6 Tu Marvelous!


Esok dah nak Raya! Mesti semua tengah sibuk di dapur untuk menyediakan juadah Hari Raya yang bakal dihidangkan untuk keluarga dan para tetamu yang bakal hadir kan?

Image from 7708

Tup tap tup tap, hari ini merupakan hari terakhir umat Islam menyambut Ramadan. Begitu cepat masa berlalu, terasa seperti baru semalam kita berpuasa.

Namun begitu, ramai juga yang sangat excited untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. Maklumlah, siapa je yang tak suka beraya kan? Dapat makan di siang hari, dapat beraya di rumah sanak saudara, dapat duit raya (untuk yang masih belajar), dapat beramah mesra bersama rakan-rakan yang lama tak jumpa.

Eh, anda semua masak apa pagi Hari Raya esok? :)

Sebelum itu, mari mengimbau kembali menu-menu tradisional yang 'rare' dan suatu ketika dahulu selalu dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri:

1. Sambal Goreng Pengantin

Image from Carousell

Sambal Goreng Pengantin ini merupakan salah satu menu yang sangat susah untuk dijumpa kecuali pada Hari Raya. Sebab untuk masak menu ini, perlukan bahan yang begitu banyak dan akan mengambil masa yang lama.

2. Ketupat Lemak

Image from Indonesian Medan Food

Memang tak lengkaplah Aidilfitri anda tanpa adanya hidangan Ketupat atau Rendang kan?

Tahun ini bolehlah anda buat sedikit perbezaan daripada tahun-tahun yang sebelum ini. Boleh cuba Ketupat Lemak ini. Apa yang istimewa adalah Ketupat ini direbus di dalam santan bercampur garam sehingga kering. Sedap sangat!

3. Rendang Padang

Image from Resep dan Masakan

Menu Rendang Padang ini berasal dari suku kaum minang di Indonesia. Memang jarang untuk ditemui bila di Malaysia. Namun, ada segelintir keluarga yang menjadikan menu ini sebagai menu khas di Aidilfitri untuk dijamukan kepada para tetamu yang hadir.

Keistimewaan Rendang Padang ini adalah rasa yang berbeza daripada Rendang biasa, tidak terlalu pekat dan ada juga yang memasukkan paru di dalamnya untuk menjadikan hidangan ini lemak enak untuk dinikmati.

4. Burasak

Image from KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF

Burasak ini merupakan hidangan Raya tradisi WAJIB untuk orang Bugis. Lebih-lebih lagi jika dimakan dengan kuah asam dan rendang, sedap sangat! Bahan-bahan yang digunakan begitu simple iaitu beras, kelapa dan garam sahaja. Cubalah nanti!

5. Serunding Kelapa

Image from mykeluarga.com

Serunding Kelapa ini selalunya akan dimasak setahun sekali sahaja iaitu pada Hari Raya. Apa yang istimewa tentang menu ini adalah tidak terlalu pedas. Kanak-kanak memang akan menyukai menu ini, dan ianya juga sesuai untuk vegetarian.

Selain itu, serunding ini juga boleh dihidangkan bersama nasi biasa, nasi ambeng atau boleh juga dimakan dengan nasi impit, ketupat, lontong tanpa kuah lodeh. Sedap!

6. Ayam Ungkep

Image from amie's little kitchen

Menu Ayam Ungkep ini berasal dari Jawa. Jadi, buat penggemar masakan Jawa di luar sana, pastikan pada Hari Raya tahun ini, menu Ayam Ungkep wajib ada tau! Untuk memasaknya tidak terlalu susah dan bahan-bahan yang digunakan pun senang untuk dicari. Cubalah nanti!

7. Lemang Periuk Kera

Image from Feldasgklah

Bila sebut je tentang lemang, pasti dalam fikiran anda terfikir sejenis makanan yang diperbuat daripada pulut dan santan lalu dibakar dalam buluh. Lemang selalunya akan menjadi buruan orang ramai ketika menjelang perayaan Aidilfitri dan juga Aidiladha.

Namun, jarang yang pernah dengar tentang Lemang Periuk Kera. Lemang Periuk kera ini perlu dikukus bukan bakar seperti lemang biasa. Mula-mula masukkan pulut dalam kelongsong periuk kera, kemudian baru tuangkan santan di atas pulut sebelum dikukus.

8. Lemang Tepung

Image from Mrs K

Mungkin ramai yang tertanya bagaimana rasa sebenar lemang tepung ini. Segelintir yang pernah rasa lemang ini mengatakan ianya rasa seperti kuih bingka sahaja. Cuma apa yang membuatkannya istimewa adalah ianya dimasak dalam buluh. Selalunya menu ini akan dihidangkan pada Hari Raya untuk melengkapkan lagi juadah Aidilfitri.

Argh, sedapnya semua!

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Orang Kampung Mempopularkan Masakan Melayu

Resepi Orang Kampung Mempopularkan Masakan Melayu Masakan Melayu sering kali mengingatkan kita pada ikan pekasam, lemak pucuk ubi, sambal belacan, sambal tumis dan ikan kering. Meskipun begitu, berapa ramaikah antara kita yang tahu dan boleh sediakan hidangan-hidangan ini seperti nenek atau ibu kita sediakan di rumah? Resepi Orang Kampung mungkin kelihatan seperti sebuah blog yang biasa tetapi resepi-resepi yang dikongsi bersama bukanlah resepi yang biasa-biasa. Walaupun blog ini hanyalah berusia setahun jagung tetapi banyak resepi-resepi masakan Melayu yang mudah dan ringkas untuk dimasak oleh golongan muda yang bekerjaya di bandar-bandar sibuk. Jadi, apakah yang membuat penulis blog ini lain daripada yang lain? Kenapa Resepi Masakan Melayu Kian Dilupakan? Sebagai rakyat Malaysia, khususnya anak-anak Melayu, kita dibesarkan dengan makanan yang biasa-biasa sahaja. Apabila kita semakin meningkat dewasa, kita lupa tentang masakan-masakan yang kita suka dan lebih mengg...

10 MENU MAKANAN HARI RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIA

Bila tiba hari raya, ada beberapa menu makanan yg pastinya pilihan majoriti penduduk di Malaysia. Tak kira negeri mana, pasti menu2x tertentu ini akan menjadi juadah utama utk hidangan utk hari raya masing-masing. Nak tahu apa menu makanan apa yg paling popular di Malaysia. Jom kita baca kat bawah uolls. 1. Ketupat -Adalah sejenis makanan daripada nasi & pulut yang dibungkus dengan daun kelapa. -Ianya direbus dalam air menggunakan periuk -Jenis ketupat bergantung kepada dua perkara iaitu bahan yang digunakan dan daun yang digunakan utk membalut ketupat -Ketupat pulut ialah ketupat yg menggunakan pulut sebagai bahan isinya -Ketupat nasi ialah ketupat yang menggunakan nasi sebagai bahan isinya -Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya dan lazimnya digunakan utk membalut ketupat pulut -Ketupat nasi pula lazimnya menggunakan daun kelapa -Bentuk ketupat biasanya tiga segi dan ketupat moden pula berbentuk empat segi -D...