Skip to main content

10 MENU MAKANAN HARI RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIA

Bila tiba hari raya, ada beberapa menu makanan yg pastinya pilihan majoriti penduduk di Malaysia. Tak kira negeri mana, pasti menu2x tertentu ini akan menjadi juadah utama utk hidangan utk hari raya masing-masing. Nak tahu apa menu makanan apa yg paling popular di Malaysia. Jom kita baca kat bawah uolls.


1. Ketupat

-Adalah sejenis makanan daripada nasi & pulut yang dibungkus dengan daun kelapa.
-Ianya direbus dalam air menggunakan periuk
-Jenis ketupat bergantung kepada dua perkara iaitu bahan yang digunakan dan daun yang digunakan utk membalut ketupat
-Ketupat pulut ialah ketupat yg menggunakan pulut sebagai bahan isinya
-Ketupat nasi ialah ketupat yang menggunakan nasi sebagai bahan isinya
-Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya dan lazimnya digunakan utk membalut ketupat pulut
-Ketupat nasi pula lazimnya menggunakan daun kelapa
-Bentuk ketupat biasanya tiga segi dan ketupat moden pula berbentuk empat segi
-Dikenali sebagai simbol hari perayaan Hari Raya di Malaysia

Ketupat daun palas

Ketupat daun palas

 Ketupat  nasi
 



2. Lemang

-Menggunakan beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yg dilapik dengan daun pisang dan dibakar sehingga masak
-Dimakan dengan rendang atau serunding
-Turut menjadi makanan orang asli Negrito di Kelantan, suku Semai dan Minangkabau.


Lemang

Lemang

Lemang
 


3. Rendang

-Menggunakan bahan seperti santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik untuk memasak rendang
-Daging batang pinang atau daging ayam selalu digunakan sebagai bahan utama masakan rendang 
-Dimakan bersama lemang, nasi, ketupat dan pulut kuning

Rendang Ayam

Rendang Daging



4. Serunding

-Dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering 
-Kadangkala ianya berminyak supaya tahan lama (serunding daging)
-Banyak jenis serunding seperti serunding daging, ayam, ikan, udang dan ikan bilis
-Dimakan bersama nasi impit, ketupat, lemang etc

Serunding daging

Serunding ayam



5. Lontong Sayur

-Bahan masakan dalam lontong seperti kacang panjang, lobak, kubis, serai, lengkuas, santan, tauhu, telur dan tempe goreng
-Dimakan bersama nasi impit etc


Lontong Sayur

Lontong Sayur




6. Dodol

-Bahan utk membuat dodol adalah seperti santan kelapa, tepung beras, gula melaka, gula pasir dan garam
-Tergolong dalam kumpulan makanan manis
-Perisa dodol yg popular ialah durian, pisang dan kelapa
Dodol  Warna Perang Gelap

Dodol  Warna Hijau dan Kuning




7. Biskut Raya

-Terdapat pelbagai jenis kuih raya yg ada pada musim raya.
-Antara yg popular ialah biskut cornflakes, biskut kacang, kuih bahulu etc,

Biskut Cornflakes

Biskut Kacang

Biskut Cornflakes

Bahulu

Kuih Siput

Kuih Raya

Tat Nenas

Kuih Raya




8. Nasi Impit/Kuah Kacang

-Nasi impit ialah nasi yg dihimpit atau ditekan di dalam bekas sehingga menjadi ketulan yg besar. Ianya kemudian dipotong menjadi kecil-kecilan
-Kuih kacang terdiri daripada bahan seperti mentega kacang, santan, kicap, halia, bawang putih, rempah etc.

Nasi Impit


Kuah Kacang

Kuah Kacang



9. Sate

-Kepingan daging atau ayam yang dicucuk pada lidi dan dibakar di atas api arang kayu
-Banyak jenis sate ada di Malaysia sate ayam, sate daging, sate arnab, sate ikan, sate pedal etc


Satay Ayam/Daging

Satay/Nasi Impit/Kuah Kacang



10. Nasi Ayam/Nasi Minyak/Nasi Beriyani/Nasi Dagang

-Pelbagai jenis nasi yg boleh dihidangkan ketika hari raya seperti di bawah. Pilihlah yg mana satu yg berkenan, Okey uolls. 



Nasi Ayam

Nasi Minyak

Nasi Beriyani

Nasi Dagang

Comments

Popular posts from this blog

8 Menu Tradisional 'Rare' Yang Dihidangkan Di Pagi Hari Raya.

#6 Tu Marvelous! Esok dah nak Raya! Mesti semua tengah sibuk di dapur untuk menyediakan juadah Hari Raya yang bakal dihidangkan untuk keluarga dan para tetamu yang bakal hadir kan? Tup tap tup tap, hari ini merupakan hari terakhir umat Islam menyambut Ramadan. Begitu cepat masa berlalu, terasa seperti baru semalam kita berpuasa. Namun begitu, ramai juga yang sangat excited untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. Maklumlah, siapa je yang tak suka beraya kan? Dapat makan di siang hari, dapat beraya di rumah sanak saudara, dapat duit raya (untuk yang masih belajar), dapat beramah mesra bersama rakan-rakan yang lama tak jumpa. Eh, anda semua masak apa pagi Hari Raya esok? :) Sebelum itu, mari mengimbau kembali menu-menu tradisional yang 'rare' dan suatu ketika dahulu selalu dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri: 1. Sambal Goreng Pengantin Sambal Goreng Pengantin ini merupakan salah satu menu yang sangat susah untuk dijumpa kecuali p...

Resepi Orang Kampung Mempopularkan Masakan Melayu

Resepi Orang Kampung Mempopularkan Masakan Melayu Masakan Melayu sering kali mengingatkan kita pada ikan pekasam, lemak pucuk ubi, sambal belacan, sambal tumis dan ikan kering. Meskipun begitu, berapa ramaikah antara kita yang tahu dan boleh sediakan hidangan-hidangan ini seperti nenek atau ibu kita sediakan di rumah? Resepi Orang Kampung mungkin kelihatan seperti sebuah blog yang biasa tetapi resepi-resepi yang dikongsi bersama bukanlah resepi yang biasa-biasa. Walaupun blog ini hanyalah berusia setahun jagung tetapi banyak resepi-resepi masakan Melayu yang mudah dan ringkas untuk dimasak oleh golongan muda yang bekerjaya di bandar-bandar sibuk. Jadi, apakah yang membuat penulis blog ini lain daripada yang lain? Kenapa Resepi Masakan Melayu Kian Dilupakan? Sebagai rakyat Malaysia, khususnya anak-anak Melayu, kita dibesarkan dengan makanan yang biasa-biasa sahaja. Apabila kita semakin meningkat dewasa, kita lupa tentang masakan-masakan yang kita suka dan lebih mengg...