Skip to main content

Resepi Orang Kampung Mempopularkan Masakan Melayu



Resepi Orang Kampung Mempopularkan Masakan Melayu





Masakan Melayu sering kali mengingatkan kita pada ikan pekasam, lemak pucuk ubi, sambal belacan, sambal tumis dan ikan kering. Meskipun begitu, berapa ramaikah antara kita yang tahu dan boleh sediakan hidangan-hidangan ini seperti nenek atau ibu kita sediakan di rumah?
Resepi Orang Kampung mungkin kelihatan seperti sebuah blog yang biasa tetapi resepi-resepi yang dikongsi bersama bukanlah resepi yang biasa-biasa. Walaupun blog ini hanyalah berusia setahun jagung tetapi banyak resepi-resepi masakan Melayu yang mudah dan ringkas untuk dimasak oleh golongan muda yang bekerjaya di bandar-bandar sibuk. Jadi, apakah yang membuat penulis blog ini lain daripada yang lain?


Kenapa Resepi Masakan Melayu Kian Dilupakan?


Sebagai rakyat Malaysia, khususnya anak-anak Melayu, kita dibesarkan dengan makanan yang biasa-biasa sahaja. Apabila kita semakin meningkat dewasa, kita lupa tentang masakan-masakan yang kita suka dan lebih menggemari makanan segera atau makanan Barat. Meskipun makanan-makanan tersebut kurang rasa dan tidak memberikan rasa puas apabila makan, makanan tersebut menjadi pilihan ramai.
Pada zaman ini, tidak ramai yang betul-betul mengetahui resepi-resepi masakan kampung yang diturunkan dari generasi ke generasi. Hal ini demikian kerana lambakan makanan yang lebih moden dan menarik membuatkan golongan muda lebih cenderung untuk memilih makanan-makanan tersebut berbanding masakan Melayu.
Jadi, daripada menghabiskan wang untuk masakan Melayu di kedai-kedai mahupun di restoran-restoran yang tidak tentu sedap, lebih baik anda sendiri yang membeli bahan-bahan dan sediakan sendiri masakan Melayu yang anda ingini dengan resepi-resepi yang dikongsi dalam blog ini.
Resepi Orang Kampung Berhasrat untuk Menyambung Warisan Masakan Melayu
Masakan Melayu, lazimnya melibatkan resepi-resepi yang ringkas dan selesa untuk dinikmati seisi keluarga. Walaupun hanya menggunakan beberapa bahan yang ringkas tetapi kekayaan rasa yang dinikmati melebihi mana-mana hidangan mahal dan bercita rasa mewah yang ada di dunia ini.
Oleh itu, penulis blog Resepi Orang Kampung ini berazam untuk menarik semula minat orang ramai, khususnya golongan muda untuk kembali makan makanan-makanan masakan Melayu yang menimbulkan nostalgia membesar di kampung kepada sesiapa yang menjamahnya.
Dengan cara perkongsian yang ringkas, mudah dan padat, tiada sesiapapun yang akan menghadapi masalah untuk mengikuti arahan atau cara-cara yang diberi untuk menyediakan hidangan yang diingini.




Bagi anda yang ingin dapatkan kembali kenangan menikmati masakan kampung hasil air tangan nenek atau ibu anda, bolehlah layari blog Resepi Orang Kampung atau kunjungi laman Facebook Resepi Orang Kampung ataupun emel penulis blog itu sendiri untuk memberikan cadangan ataupun berkongsi resepi dengannya supaya resepi-resepi lama ini akan terus kekal sehingga ke anak cucu.
Konklusinya

Dengan usaha murni Resepi Orang Kampung ini, selama-lamanya resepi-resepi klasik Melayu ini  dapat dipelihara dan membuatkan kita sedar kepentingan kita belajar dan mengamalkan masakan-masakan ini supaya dapat diturunkan kepada anak cucu kita kelak.
Namun begitu, masakan Melayu merupakan makanan tradisi dan warisan kaum Melayu yang perlu dipelihara supaya tidak dilupakan dan ditelan zaman. Bayangkan betapa ruginya anak cucu kita yang tidak dapat menikmati masakan Melayu dan hanya mengenali makanan segera dan makanan Barat.
Dalam kesibukan kita mengejar harta dan pangkat untuk menempa nama serta tempat di dunia ini, kita terlupa bahawa identiti kita sebenarnya terletak pada segala yang kita warisi daripada nenek-moyang kita dan perkara ini termasuklah makanan-makanan ini. Tanpa satu elemen warisan ini, Melayu tidak akan menjadi Melayu.


Comments

Popular posts from this blog

8 Menu Tradisional 'Rare' Yang Dihidangkan Di Pagi Hari Raya.

#6 Tu Marvelous! Esok dah nak Raya! Mesti semua tengah sibuk di dapur untuk menyediakan juadah Hari Raya yang bakal dihidangkan untuk keluarga dan para tetamu yang bakal hadir kan? Tup tap tup tap, hari ini merupakan hari terakhir umat Islam menyambut Ramadan. Begitu cepat masa berlalu, terasa seperti baru semalam kita berpuasa. Namun begitu, ramai juga yang sangat excited untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. Maklumlah, siapa je yang tak suka beraya kan? Dapat makan di siang hari, dapat beraya di rumah sanak saudara, dapat duit raya (untuk yang masih belajar), dapat beramah mesra bersama rakan-rakan yang lama tak jumpa. Eh, anda semua masak apa pagi Hari Raya esok? :) Sebelum itu, mari mengimbau kembali menu-menu tradisional yang 'rare' dan suatu ketika dahulu selalu dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri: 1. Sambal Goreng Pengantin Sambal Goreng Pengantin ini merupakan salah satu menu yang sangat susah untuk dijumpa kecuali p...

10 MENU MAKANAN HARI RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIA

Bila tiba hari raya, ada beberapa menu makanan yg pastinya pilihan majoriti penduduk di Malaysia. Tak kira negeri mana, pasti menu2x tertentu ini akan menjadi juadah utama utk hidangan utk hari raya masing-masing. Nak tahu apa menu makanan apa yg paling popular di Malaysia. Jom kita baca kat bawah uolls. 1. Ketupat -Adalah sejenis makanan daripada nasi & pulut yang dibungkus dengan daun kelapa. -Ianya direbus dalam air menggunakan periuk -Jenis ketupat bergantung kepada dua perkara iaitu bahan yang digunakan dan daun yang digunakan utk membalut ketupat -Ketupat pulut ialah ketupat yg menggunakan pulut sebagai bahan isinya -Ketupat nasi ialah ketupat yang menggunakan nasi sebagai bahan isinya -Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya dan lazimnya digunakan utk membalut ketupat pulut -Ketupat nasi pula lazimnya menggunakan daun kelapa -Bentuk ketupat biasanya tiga segi dan ketupat moden pula berbentuk empat segi -D...