Skip to main content

Kuih Tradisi Nyonya

Antara 8 Kuih Nyonya Kegemaran Anda

 

1. Onde-Onde

MyResipi Resipi Kuih Onde-Onde
Onde-Onde

Juga dikenali sebagai buah melaka, kuih ini memang sukar untuk didapati di gerai pada masa kini. Selalunya hanya boleh dijumpai di bazaar pada bulan ramadan dan raya. 
Hasilkan kuih onde-onde berinti gula melaka dan disaluti kelapa parut yang lazat menggunakan resipi ini. 

2. Seri Muka

MyResipi Resipi Kuih Seri Muka
Seri Muka

Semua saja sukakan kuih talam tradisi ini, bukan? Selalunya boleh saja dijumpai di gerai nasi lemak tepi jalan, tapi kebanyakkan tidak berapa sedap untuk dinikmati. 

3. Sagu Delima

MyResipi Kuih Sagu Delima
Sagu Delima

Memang senang untuk mendapati kuih popular ini di rata-rata tempat, tetapi lagi senang untuk dibuat sendiri di rumah. Anda hanya perlukan 6 bahan untuk membuat kuih enak ini, iaitu sagu, daun pandan, air, gula, pewarna, garam dan kelapa muda parut. 

4. Kuih Lompang Pandan

MyResipi Resipi Lompang Pandan
Lompang Pandan

Satu lagi jenis kuih yang sukar untuk dijumpai, anda boleh menghasilkan kuih tradisi ini dengan ringkas sekali menggunakan resipi ini. Resipi ini akan mendapatkan anda kuih lompang yang wangi dengan penggunaan daun pandan. Hidangkan kuih bertekstur lembut ini bersama kelapa parut muda, dan secawan kopi untuk minum petang. Pasti terangkat selera tetamu anda!

5. Lepat Pisang Berangan

Image from imgur.com

Resipi ini akan mendapatkan lepat yang memang berasa kaw dengan perisa pisang seakan-akan yang didapati di kampung anda.

6. Kuih Lapis Merah

MyResipi Resipi Kuih Lapis Merah
Kuih Lapis Merah

Kuih lapis antara kuih staple di meja makan orang Malaysia yang disukai semua! Anda hanya memerlukan 7 bahan untuk membuat satu resipi kuih ini. Untuk membuatkan kuih ini berupa lagi istimewa, anda boleh menggunakan pelbagai lagi wara untuk membuatkan lapisannya berupa seiras pelangi. Tetamu pasti akan terkagum dengan masakan anda!

7. Pulut Inti Manis

Image from MyResipi

Jika anda penggemar hidangan pulut, pastikan anda cuba resipi ini. Selalunya dimakan untuk minum petang, kuih ini pulut yang cukup berlemak yang dihidangkan dengan kelapa parut muda yang telah dimasakkan bersama gula merah, gula putih dan daun pandan. Cukup padu! 

8. Apam Mekar

Image from imgur.com

Selalu dihidangkan sebagai camilan di majlis-majlis istimewa, apam mekar sangat sesuai untuk dihidangkan di atas desset table anda kerana rupanya yang cantik dan berwarna-warni. Hasilkan apam mekar cukup lembut dan gebu menggunakan resipi ini!

Comments

Popular posts from this blog

8 Menu Tradisional 'Rare' Yang Dihidangkan Di Pagi Hari Raya.

#6 Tu Marvelous! Esok dah nak Raya! Mesti semua tengah sibuk di dapur untuk menyediakan juadah Hari Raya yang bakal dihidangkan untuk keluarga dan para tetamu yang bakal hadir kan? Tup tap tup tap, hari ini merupakan hari terakhir umat Islam menyambut Ramadan. Begitu cepat masa berlalu, terasa seperti baru semalam kita berpuasa. Namun begitu, ramai juga yang sangat excited untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. Maklumlah, siapa je yang tak suka beraya kan? Dapat makan di siang hari, dapat beraya di rumah sanak saudara, dapat duit raya (untuk yang masih belajar), dapat beramah mesra bersama rakan-rakan yang lama tak jumpa. Eh, anda semua masak apa pagi Hari Raya esok? :) Sebelum itu, mari mengimbau kembali menu-menu tradisional yang 'rare' dan suatu ketika dahulu selalu dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri: 1. Sambal Goreng Pengantin Sambal Goreng Pengantin ini merupakan salah satu menu yang sangat susah untuk dijumpa kecuali p...

Resepi Orang Kampung Mempopularkan Masakan Melayu

Resepi Orang Kampung Mempopularkan Masakan Melayu Masakan Melayu sering kali mengingatkan kita pada ikan pekasam, lemak pucuk ubi, sambal belacan, sambal tumis dan ikan kering. Meskipun begitu, berapa ramaikah antara kita yang tahu dan boleh sediakan hidangan-hidangan ini seperti nenek atau ibu kita sediakan di rumah? Resepi Orang Kampung mungkin kelihatan seperti sebuah blog yang biasa tetapi resepi-resepi yang dikongsi bersama bukanlah resepi yang biasa-biasa. Walaupun blog ini hanyalah berusia setahun jagung tetapi banyak resepi-resepi masakan Melayu yang mudah dan ringkas untuk dimasak oleh golongan muda yang bekerjaya di bandar-bandar sibuk. Jadi, apakah yang membuat penulis blog ini lain daripada yang lain? Kenapa Resepi Masakan Melayu Kian Dilupakan? Sebagai rakyat Malaysia, khususnya anak-anak Melayu, kita dibesarkan dengan makanan yang biasa-biasa sahaja. Apabila kita semakin meningkat dewasa, kita lupa tentang masakan-masakan yang kita suka dan lebih mengg...

10 MENU MAKANAN HARI RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIA

Bila tiba hari raya, ada beberapa menu makanan yg pastinya pilihan majoriti penduduk di Malaysia. Tak kira negeri mana, pasti menu2x tertentu ini akan menjadi juadah utama utk hidangan utk hari raya masing-masing. Nak tahu apa menu makanan apa yg paling popular di Malaysia. Jom kita baca kat bawah uolls. 1. Ketupat -Adalah sejenis makanan daripada nasi & pulut yang dibungkus dengan daun kelapa. -Ianya direbus dalam air menggunakan periuk -Jenis ketupat bergantung kepada dua perkara iaitu bahan yang digunakan dan daun yang digunakan utk membalut ketupat -Ketupat pulut ialah ketupat yg menggunakan pulut sebagai bahan isinya -Ketupat nasi ialah ketupat yang menggunakan nasi sebagai bahan isinya -Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya dan lazimnya digunakan utk membalut ketupat pulut -Ketupat nasi pula lazimnya menggunakan daun kelapa -Bentuk ketupat biasanya tiga segi dan ketupat moden pula berbentuk empat segi -D...